Kelana di Turki

Thursday, December 11, 2008

Selamat mendarat di Kamal Attartuk International Airport, Istanbul, Turki pagi ahad 19 Oktober 2008 bersama En.J setelah route tour sampai ke Amsterdam. Nasib la kerja gomen, merasa naik business class. Tidak la terasa sangat 13 jam dari KL ke Amsterdam tu. Cuma dari Amsterdam ke Istanbul, kena naik kelas ekonomi sebab naik KLM. 4 jam juga la merasa tidur dlm ekonomi kelas antarabangsa itupun sebab tak tidur langsung dari KL. Layan cerita Heroes second season dalam flight sambil makan kacang dan manggo juices.oh apakah....heh.

Sampai-sampai je di airport, dah ada Encik Turki menunggu di pintu kapal terbang dengan tanda nama aku dan En.J. Wah. Macam VVIP plak diambil dari pintu kapal terbang dan dihantar ke bilik menunggu VVIP dan En. Turki yang menguruskan pengambilan beg dan cop pasport. FUh. Dan di dalam bilik menunggu tu ada internet dan En.J suruh aku hantar email ke Malaysia untuk minta 2 3 maklumat tambahan. Yang lawaknya, komputer Turki ni susah nak insert aksara "i". Apa-apa perkataan yang ada "i", akan jadi "y". Aku taip turki jadi turky. heh.


TEMBOK BATU LAMA. SEBELAH SANA TEMBOK ADA LAUT


KERETA DAN BAS YANG SEMPAT DISNAP

Dari airport ke Hotel Marmara sepatutnya dalam 30 minit. Tapi oleh kerana sesak yang melampau, sejam lebih baru sampai ke hotel. Hotel ni lebih kurang tengah-tengah Istanbul. Dan di kawasan belakang hotel ni, ada satu jalan yang besar (Maxim Street) dan kiri-kanan dia ada deretan kedai. Bila jalan-jalan waktu malam, dah rasa macam kat Jalan Bukit Bintang. Ada kedai yang operasi sampai dinihari.


HOTEL MARMARA (Bangunan yg tinggi sekali)


   
ANTARA VIEW DARI BILIK AKU DI TINGKAT 8

MESYUARAT

Mesyuarat bermula 20 hb hingga 25 hb Oktober 2008. Nasib baik mesyuarat dilangsungkan di ballroom hotel je, tidak la meraban-raban nak cari transport ke sana sini. Banyak yang aku belajar attending international meeting dgn En.J. Cara nak menyampaikan point hinggalah cara nak memastikan point yang kita sampaikan tu dimasukkan ke dalam minit mesyuarat. Dan dapatlah tengok cara-cara pak arab dan pak afrika bertelagah memberi pendapat. Pak Arab dengan eknya sebab depa yang banyak bagi sumbangan pada OIC dan Pak Afrika yang banyak meminta simpati dan bantuan untuk membangunkan negara depa. Pak Asia Timur banyak yang memerhati dan hanya mencelah apabila perlu sahaja.

WAKIL MALAYSIA

  
DALAM BILIK MESYUARAT

MAKAN

Sebelum pergi, awek aku ada suggest bawa la maggi ke serunding ke, tidak la muak sangat makan turki tu nanti. Tapi aku fikir tak payah la kot sebab pergi untuk seminggu je, so tak payah nak risau pasai makan la kot. Bole layan je makanan turki. Dan pikiran aku telah menyusahkan aku...ahahahhaa...baru sehari makan kat hotel tu, dah rasa muak yak amat. Tapi apa kan daya. Layan je la. Dah itu yang diorang provide. Bila dah tak larat nak layan, pegi kat Maxim Street, layan kebab dan nasi campur dia. Boleh la kan.


NASI CAMPUR DI HOTEL (Nasi tu dimasak dengan apa ntah..rasa cam berkrim jek)


PRAWN WITH BUTTER (Ms.WN belanja ramai2)


SALAD ALA TURKI SERVE WITH OLIVE OIL sungguh fresh..


APA NTAH NAMA BENDA NI (Ada ikan kecik goreng, ikan bakar, fries, dan sayur yg fresh)

nanti sambung lagi ah....



Posted at Thursday, December 11, 2008 by jebatz
Comment (1)  

Turki

Wednesday, October 22, 2008

Alhamdulillah

Dari Amsterdam ke Istanbul. Takde maslaah yang besar. Ada pun, susah nak membasuh lepas qadha hajat di Amsterdam jek. Tu pun nasib baik transit untuk 2 jam. Kalau 2 3 hari, jenuh gak la nak menyalat guna tisu tandas tu.

Selepas 12 jam naik MAS dan 4 jam naik KLM, baru sampai ke bumi Allah ni. Dapat juga tengok kesan2 peninggalan si infermous Kamal Altartuk. Masjid-masjid pon dah jadi macam gereja. Arak dah jadi minuman rasmi. Bahasa arab langsung tak digunakan. Azan pun jarang2 berkumandang.

Tapi alhamdulillah, syiar Islam macam dah kembali ke Turki ni. Cuma mungkin dah lama sangat hanyutnya, lambat skit la kot. Kalau ada yang pakai tudung pun, tu semua Turki Gypsi. Yang hidup berkelana. Dan geng-geng ni yang dikatakan penyangak disini.

Mesyuarat dah 2 hari berjalan dengan lancar. And its my first experience attending this kind of international meeting at the foreign country. Thanks Allah for chance given.

Dah 3 hari jugak la makan makanan turki yang mana..hmm..ntah la..susah mau cerita..hehehhehehehhehhehehe

but looking forward to explore the grand bazaar, blue mosque, tukkapi, and selat fosforus (that if time permitted).




Posted at Wednesday, October 22, 2008 by jebatz
Comments (3)  

DANJIKI*1429H

Wednesday, September 24, 2008

Kali ini, insyaAllah hampir dapat memenuhkan berbuka puasa dengan awek saya. 14 Ramadhan, adik ke-2 ayah, meninggal dalam tidur. Semoga Allah mencucuri rahmatnya.

Dan tahun ni saya beraya di JORAK.(Raya pertama dan dua di JOhor dan ketiga dan keempat dan kelima di peRAK)

maaf zahir dan batin.
Jemputlah ke rumah. InsyaAllah kalau awek saya rajin, kami akan buat openhouse di raya ke 11.

Amin.


Ikhlas,

Saya dan awek



Posted at Wednesday, September 24, 2008 by jebatz
Comment  

tamar...

Sunday, September 07, 2008

inner strength..
pernah dengar tak pasal perkara ni?
Kekuatan dalaman yang penting bagi seseorang individu.
Kekuatan dalaman bagi membantu somebody untuk berjaya dalam hidup dia

Semalam selepas solat terawih dan witir, terasa penatnya. Tapi sesuatu buat aku berfikir. Waktu nak keluar dari surau semalam, nampak seorang lelaki dalam lingkungan late 30's, sedang solat di atas kerusi. MasyaAllah. Kuatkan inner strength dia. Waima dalam keadaan yang tidak mengizinkan, dia masih kuat untuk turun berjemaah. Turun sama-sama mengaminkan doa imam.

Macamana inner strength kita? Lepas kenyang berbuka, rehat sampai nak masuk waktu waktu isyak baru nak solat maghrib? Terawih di tangguh ke pagi esok?

Ya Allah. Ampunilah dosa hamba Mu ini,
Berikanlah kami kekuatan untuk beribadah kepadaMu
Dan perkenankanlah doa2 kami.

Amin



Posted at Sunday, September 07, 2008 by jebatz
Comment  

DANJIKI*

Thursday, September 04, 2008

*puasa

Tahun ini insyaAllah sama-sama kita puasa 36 hari.
Semoga ibadah puasa dan ibadah sunat yang lain diterima-NYA.

AMIN.

3 serangkai?
Tahajjud+Taubat+Hajat....

-jebatz-

 



Posted at Thursday, September 04, 2008 by jebatz
Comment  

hikmah

Saturday, August 09, 2008

dalam satu, ada hikmah nya

dalam dua, ada maknanya

dalam tiga, ada nikmatnya

dalam empat, ada hebatnya

dalam lima, ada sesanya

dalam enam, ada kesannya

dalam tujuh, ada peluhnya

dalam lapan, ada tilikannya

dalam sembilan, ada kesilapannya

dalam sepuluh, ada semuanya....



Posted at Saturday, August 09, 2008 by jebatz
Comment  

Madu

Monday, July 28, 2008

Bawalah Mastura pulang ke rumah, mesti isteri anda suka...

Amacam ada berani mau bawa pulang mastura jumpa isteri?
Jangan salah faham ye. Mastura tu nama saintifik untuk Nangka Madu Kacukan oleh peg sains USM. Ada 2 3 sebab kenapa di panggil mastura. Antaranya MAS sebab kaler nangka tu kaler emas, TURA plak sebab nama saintifiknya kot...Lagi satu sebab Dr dari USM tu nama Mastura rasanya..

Apa pun Nangka Madu ni produk tani yang tengah glamer di Maran, Pahang. Hasil pendapatan nya bole cecah RM16k per month untuk 8 ekar tanah.

Kalau lebih ekarnya, lebih la RM nya...

Banyak peluang kalau berbudi dengan tanah ni. Melayu..janganlah sewenang-wenang nak jual tanah. Pertahankanlah hak. Jangan menjadi melayu di seberang. Merintih di negara sendiri...Think think

 

 



Posted at Monday, July 28, 2008 by jebatz
Comment  

isyak

Saturday, July 26, 2008

kalau tak semayang isyak, Allah tidak redho org itu untuk tinggal di muka bumi NYA dan menggunakan segala kemudahanNYA...

bole cari tempat lain?

Ya Allah,

Permudahkanlah jalan aku untuk aku menyempurnakan hajat bonda dan ayahanda ku selagi mereka masih mempunyai kudrat.

Amin.....



Posted at Saturday, July 26, 2008 by jebatz
Comment  

Ulu Jempol - 3rd Day

Wednesday, July 23, 2008

Hari ketiga di Ulu Jempol

Hari ni taklimat daerah by CADO dan Ketua-ketua Jabatan Daerah Maran.
Seorang cakap dlm 10 minit..ada dalam 12 orang. Jenuh nak nunggu dekat
2 jam. last2 sesi perkenalan di percepatkan dan sesi soal jawab
dijalankan. Tu pun tak sampai 30 minit. Then YB Dato' Ismail (YB
Parlimen Maran) datang bagi kata nasihat then makan tengahari.

Selepas makan, Ali Sadikin menjalankan tugas nya dengan seperti biasa
ah cara dia tu.
Peserta2 DPA membentangkan projek paper work untuk aktiviti
kemasyarakatan masing-masing. Group aku buat Jejak Usahawan(baca : aku
sekadar pasenjer) . Dari RM2k yg kami mintak dapat 7 rat je. Belasah
ah. Ngendeng kat YB ah plak nanti..yey

Part paling best..citer harry porter yg baru. Buku dia ah...apa yg best?
Baca buku Harry Porter sambil makan durian tembaga yang baru luruh
beserta segelas milo panas. Fuh

u tell me the nikmat ah.... :)


Posted at Wednesday, July 23, 2008 by jebatz
Comment  

analogy on SUBSIDY

Monday, June 23, 2008

A man called Maha owns a farm which can produce 10 apples every day.
He has 5 workers to operate the farm.
Each of them eats 1 apple daily and it is enough to keep them operating the farm normally.
The remaining 4 apples, the landlord sells them at RM10 each and he earns RM40.
He uses the RM25 to improve the farm operation and facilities.
He gives RM2.00 to each of his workers and he keeps the remaining RM5.00 as profit.
Day by day, the farm is well developed and all of the 5 workers are happy with the money they can save.

When Maha passed away and there is a new landlord, Abdul comes to continue the farm operation.
He says to the workers:" We need to improve the farm quality and redefine our way of thinking.
>From now on all of you only need to pay RM1.00 for each apple you eat.
It is very cheap as the price is RM10 each outside the farm."
The workers have no choice but to pay RM1.00 for the apple they eat daily.
Their earning decrease from RM2.00 to RM1.00 per person.
As usual, Abdul sells the 4 apples and he gets RM40.
He uses RM25 for farm improvement and pays RM10 to his 5 workers.
He gets RM5.00 as profit. On top of that, he gets another RM5.00 from the apples that he sells to his workers.
In total, he gets RM10 as profit every day.

Soon, the apple price increases to RM20 each.
The new landlord gets a higher profit as he gets RM80 for the 4 apples he sells daily.
Then, he decides to give the farming improvement contract to one of his close friend, Samy.
Samy says:"Apple cost naik, improvement cost also misti naik."
So, the farm improvement cost increases from RM25 to RM50.
In actual, the improvement only cost RM30.
The remaining RM20, Abdul and Samy share evenly among themselves.

Let's calculate how much Abdul gets daily:

RM10 (from farm improvement cost)
RM20 (Net profit by selling 4 apples: [Gross profit, RM80] - [Improvement cost, RM50] - [Wages RM10] = RM20)
RM5 (from selling apples to his workers)

In total, Abdul gets RM35 daily compare to RM10 initially when he takes over the farm from Maha.
His profit increases RM25 and the workers are still getting RM1.00 daily per person.
The greedy Abdul does not want to stop there.
One day, he says to his fellow workers:" You see ah, the current market price for one apple is RM20 and you are only paying RM1.
See how lucky you are! I have to SUBSIDY RM19.00 for each of the apple you buy and total I need to SUBSIDY RM95.00.
This will greatly burden the farm and we might get bankrupt if we continue like this.
In order to avoid bankruptcy, I need to increase the apple price that you buy from RM1.00 to RM1.50 and I will bear the remaining RM18.50 per apple as my subsidy to you all. "
So, greedy Abdul adds RM2.50 to his current profit and the number becomes RM37.50.

After you have read the story, I am sure you have already understood the meaning of "SUBSIDY" given by the government.

The RM95 subsidy never existed in the first place and so was the RM52 billion fuel subsidy generously "given" by the government

Cutting fuel subsidy is actually just a reason to steal money from your pocket.
Are you gonna stand there and let them rob you
H



Posted at Monday, June 23, 2008 by jebatz
Comment  

Next Page